Kami bergerak dari hotel pada sebelah pagi menuju ke destinasi dengan
perjalanan menaiki kenderaan yang di sediakan untuk kami ,yang mengambil masa dua jam perjalanan walaupun jarak yang dilalui tidaklah begitu jauh.
Ini kerana had laju yang dibenarkan di jalan raya ke daerah itu lebih kurang 60-80 km sejam. Apa yang menariknya para pemandu kenderaan di sini amat mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan pihak berkuasa mereka.
|
mula nak gerak di awal jam 9 waktu saigon |
perjalanan melalui jalan-jalan daerah di kawasan Selatan Vietnam ini merupakan salah satu cara sesuai untuk menikmati pemandangan sawah padi, perkebunan nanas, dusun buah-buahan serta perkampungan yang menarik. Setelah penat duduk di dalam kereta selama hampir sejam,pemandu memberhentikan keretanya di kawasan Rehat Mekong Rest.( r n r kalau di tempat kita) bezanya Mekong Rest memiliki pemandangan yang sangat cantik dan memang sesuai berehat setelah penat memandu.
|
di hadapan Mekong Rest |
|
santai di tasik yang terdapat di Mekong Rest bersama rakan Mr Tauhit |
|
sejuk mata memandang |
|
melihat sungai yang mengalir lesu...cantik sungguh |
|
Di My Tho |
Setelah tiba di My Tho, kami menaiki bot bermotor .menelusuri sungai Mekong sehingga sampai dan berhenti di Unicorn Island yang terkenal itu.
|
menaiki bot melalui sungai Mekong yang deras |
Menaiki bot bermotor menuju pulau-pulau yang menjadi destinasi kunjungan para pelancong ke sini merupakan suatu pengalaman yang sangat menarik.
|
air sungai yang sangat dalam dan deras |
|
sempat beraksi di atas bot |
|
jambatan moden |
Kami melihat Sungai Mekong dengan airnya yang keruh dan deras memang agak menakutkan. Bot yang kami naiki itu seterusnya membawa kami ke daerah Ben Tre (kalau x silap la bunyinya) untuk melawat bengkel perusahaan gula-gula kelapa (coconut candy) perusahaan yang keseluruhannya dilaksanakan secara manual oleh para pekerja tempatan. Di sini pun ada juga gerai jualan baju2 vietnam...kemana-mana sahaja memang ada ruang berniaga..hebat sungguh.dan ruang itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.
|
macam - macam |
Oleh kerana keadaan agak hujan renyai-renyai maka kami memakai baju hujan .kami masih sempat juga berbelanja di gerai-gerai jualan produk kraf di perkampungan ini.
alangkah baiknya jika kebudayaan dan produk kraf kita juga dapat dipromosikan secara begini,sebab kita juga ada pulau-pulau peranginan yang tidak kurang hebatnya!
|
proses candy di buat |
|
menarik sungguh |
|
ada juga jualan barangan kulit buaya di sini |
|
gerai jualan masyarakat tempatan |
Kemudian kami bergerak pula ke daerah lain di perkampungan kawasan pulau ini. Kali ini kami menaiki kereta kuda. Rupa-rupanya ada kampung berkuda di sini, seronok .Kami berjalan-jalan lagi di pulau ini dan melihat-lihat suasana kampung yang sungguh nyaman.
|
makan kenyang-kenyang dulu |
|
ronda kampung |
|
bersihnya kampung dia |
|
banyak buah-buahan beb |
|
kawan baru |
Di pulau ini kami dibawa ke sebuah ladang pemeliharaan lebah. Kami dijamu madu lebah yang asli.Kemudian Kami berjalan-jalan di perkampungan pulau ini sambil dapat juga membeli sedikit sebanyak pakaian tradisional Vietnam.
|
madu asli banyak di sini |
|
ada juga kedai cendramata di mana-mana |
|
menikmati buah-nuahan tropika |
Masih di Pulau Unicorn. selepas itu kami ke sebuah dusun buah-buahan pula untuk menikmati buah-buahan tropika.Sambil memakan buah-buahan itu kami didendangkan lagu-lagu tradisional Selatan Vietnam oleh kumpulan penyanyi dan pemuzik tradisional setempat.
|
boleh tahan la suara |
Selepas itu kami menaiki pula sampan dayung untuk menelusuri sepanjang anak sungai yang memang memberikan pengalaman yang menarik tetapi seronok bercampur ngeri .sambil melihat-lihat akan aktiviti dan cara kehidupan harian anak tempatan di sekitar delta itu.
|
air yang dalam dan deras |
|
masalahnya masyarakat sini kata banyak buaya di sini |
|
kesesakan lalu lintas |
Setelah bersampan selama kira-kira setengah jam tanpa jaket keselamatan atau sebarang jenis alat pelampung, kami pun tiba semula di tempat bot bermotor kami berlabuh tadi, di tengah-tengah buaian air deras yang mengalir di Sungai Mekong,sungai yang terkenal . . dalam dan luas itu.sebelum bergerak ke arah bot bermotor yang akan membawa kami balik ke My Tho.
|
bot enjin kami singgah makan di Halal Mekong restoran dan bersolat |
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan pulang. Tepat pukul 6 ptg kami sudah berada semula di hotel tempat kami menginap. dan bersedia untuk keluar bershopping sakan pada waktu malamnya hahah2....
|
pasar berdekatan hotel kami |
yeahhh.....Solat dulu