PAHVJDT
PAHVJDT
Pemain Johor Darul Takzim gembira meraikan kejayaan mereka setelah mara ke pusingan akhir Piala FA. Johor Darul Takzim akan bertemu dengan Kelantan pada 29 Jun nanti.
PAHvJDT
Mohd Razman Roslan dikepung oleh pemain Johor Darul Takzim dalam pertembungan Pahang - Johor Darul Takzim malam tadi. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PAHVJDT
Pemain Johor Darul Takzim, Lionel Nunez dihalang oleh Amirul Hadi dalam saingan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - Foto Sinar Harian
PASUKAN berstatus bintang, Johor Darul Takzim (JDT)  berjaya melangkah ke pentas final Piala FA walaupun tewas 1-2 di tangan Pahang pada pertembungan separuh akhir kedua  di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pada pusingan pertama di Stadium Larkin, JDT menang 1-0 menumpaskan Pahang untuk agregat 2-2 dan layak berdasarkan peraturan gol tempat lawan.

Keputusan itu akan menyaksikan pertemuan antara JDT dengan kelantan pada perlawanan akhir pada 29 Jun ini.

Selepas ketinggalan 0-2 kepada Pahang, JDT bangkit mengikat kedudukan agregat 2-2 apabila pemain tengah JDT, Andre Francisco berjaya menjaringkan gol pada minit ke 48.

Ternyata, jaringan gol tunggal pemain itu sudah cukup memadamkan dua gol awal yang diperolehi Pahang menerusi Matias Conti.

Pun begitu, skuad Fandi Ahmad terpaksa berdepan asakan bertubi-tubi anak-anak Dollah Salleh sepanjang 45 minit permainan.

Selepas tewas 0-1 di Stadium Larkin pada perlawanan separuh pertama 25 Mei lalu, Pahang berjaya memperoleh gol seawal minit kedua menerusi pemain importnya, Matias Conti hasil hantaran luar kotak penati Amirul Hadi Zainal.

JDT yang seolah-olah hilang rentak pada awal permainan terus diberi tekanan apabila Pahang menambah satu lagi gol pada minit ke-40 juga menerusi Matias Conti hasil hantaran Amrul Hadi tepat ke gawang gol lawan.

Tersentak dua gol Pahang, JDT cuba bangkit untuk merapatkan kedudukan, namun kekentalan benteng pertahanan yang dikawal rapi pemain pasukan tuan rumah berjaya mengekang kemaraan jentera serangan skuad Harimau Selatan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT yang pada mulanya turun dengan aksi suram, mula bangkit dengan melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan.

Dan akhirnya, gol yang dicari pasukan pelawat terhasil selepas pemain importnya, Andrezinho berjaya menyudahkan hantaran Norshahrul Idlan Talaha pasda minit ke-47 sekali gus menggamatkan suasana stadium.

Tiga minit berselang, JDT berpeluang menambah gol kedua apabila  Leonel Nunez mengejutkan seketika pasukan Pahang menerusi tendangan percuma tetapi sekadar melewati palang gol.

Pahang cuba menghidupkan peluang ke final tetapi penyudah Gopinathan hanya sia-sia pada minit ke-77.

Akhirnya, kegagalan Tok Gajah mencari tambahan jaringan membuatkan mereka gigit jari sebaliknya membenarkan JDT membuat perhitungan terakhir menentang juara bertahan, Kelantan di pentas akhir pada 29 Jun depan.