Masjid yang bersejarah ini telah membuktikan betapa Allah menguasai segala-galanya. Ketika Tsunami mengganas pada Disember 2004 di Aceh, dalam keadaan segala yang ada di sekelilingnya ditenggelami ombak tinggi, masjid ini kekal utuh. Ombak hanya menggigit di paras anak-anak tangga di luar masjid. Terletak bersebelahan pasar Aceh, di tengah-tengah kota Banda Aceh ini, terlalu besar pengajaran yang boleh diambil. Sempat bertarawih selama dua malam di masjid ini dan kebetulan pada malam Nuzul Quran Sheikh Ali Jaber (klik)memberi ceramahnya dgn tajuk Tsunami,Ramadhan dan Quran. satu pengalaman dan kenangan yang indah kerana dapat bertarawih berimamkan bekas imam Masjid Madinah yang fasih berbahasa Indonesia dan sama2 mengaminkan doa beliau.Alhamdulillah..Kedengaran di dalam masjid semasa beliau membaca doa tentang Tsunami dalam bahasa indonesia ramai jemaah wanita yang menangis dengan suara yang kuat......
No comments:
Post a Comment