misi hari ini bermula dengan bersahur di hotel jam 4 pagi sebelum terus ke masjid Baiturrahman untuk bersolat subuh......
jam 8 pagi kami bersiap2 untuk gerak ke tempat kapal apong ,kesan dari tsnami dahulu...bagi yang belum pernah datang sangat teruja untuk melihatnya...
kemudian kami bergerak ke
1.madrasah pesantren suluk dayang Luang-wei (dewasa )
sangat istimewa tempat ini dihuni oleh yang kebanyakkannya golongan warga emas tidak kira lelaki ataupun perempuan..banyak pengalaman dapat dikutip di sini....walaupun telah berusia tetapi usaha amalan ibadah yang dilakukan mereka semua ini di bulan ramadhan sesungguhnya kita rasanya tidak mampu membuatnya dan diluar kemampuan ramai dikalangan kita.....tapi mereka semua hebat2 belaka walaupun kebanyakkan mereka terdiri dari golongan miskin yang tinggal jauh dari pesantren suluk ini dan sanggup untuk dtg ke sini untuk mendalami ilmu agama..harapan kami agar sumbangan dari kami ini termasuklah bahan bacaan dapat mengurangkan sedikit bebanan dan mengembirakan mereka Amin.
makam ayahanda bonda kepada pemilik madrasah ini |
antara rumah-rumah kecil yang ada di sini |
melihat sekitar |
penghuni mendengar ucapan aluan dari pihak kami |
berkongsi pandangan |
golongan penghuni lelaki |
semoga di rahmati |
kemudian kami singgah pula ke sebuah lagi pesantren di mana pada tahun lepas juga kami ada mengunjungi dan menyalurkan sumbangan di sini..iaitu
2.dayah persantren ruhul islam madrasah Aliyah aceh besa
di sini merupakan sebuah madrasah yang agak terbaik dengan fasiliti yang hebat walaupun nampak ada sedikit kekurangan dari segi infrastrukturnya tetapi agak selesa bagi pelajarnya belajar di sini.kebetulan kehadiran kami agak kurang meriah kerana para santri atau pelajarnya sedang berlibur sempena ramadhan.
papan tanda di pintu masuk madrasah ini |
sessi taklimat dan ucapan selamat datang di dewan perpustakaan |
sudut buku dan sebahagian buku-buku yg di dermakan |
Alhamdulillah selesai dua tugasan pada hari ini.dan tugasan terakhir ialah kami
akan berbuka puasa di sebuah madrasah di pinggir Banda Aceh iaitu sebelum sampai ke sini kami sempat melihat bazar-bazar Ramadhan yang tumbuh seperti cendawan seperti di tempat kita
sop buah wow |
gerak ke tempat tujuan |
3. Madrasah Markaz Al Ishlah Al aziziyah (anak mangsa konflik/tsunami/muallaf)
Markaz ini didirikan untuk memfokuskan perhatian kepada anak yatim khsusnya anak yatim korban konflik dan korban tsunami. dan muallaf.
ini adalah email markaz ini..iaitu markaz_al_ishlah@yahoo.com
sebelum majlis berbuka Bapak Pimpinan MArkaz telah memberikan sedikit tazkirah berkatan latar belakang markaz ini dan tujuan penubuhanya dengan penuh bersemangat.
anak-anak lelaki dan perempuan didalam surau terbuka markaz |
tazkirah dari bapak pimpinan |
sekitaran markaz |
anak-anak markaz bersedia untuk majlis iftar |
sekitar |
No comments:
Post a Comment