NORHANAN IPGKTI

TIADA KEJAYAAN MENDAHULUI PENDERITAAN

Sunday 21 December 2014

KEMBARA: PEKANBARU RIAU SUMATERA

Paparan picturenya dahulu catatan berkaitan aktiviti di pekanbaru  akan dicoret kemudian.tq ananno
















Friday 22 August 2014

KEMBARA berhari raya 2014

Selamat hari raya maaf zahir batin 2014  kepada semua yang beragama islam. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik.amin
Banyak kenangan manis yang begitu meriah dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang dapat dijadikan sebagai kenangan di masa hadapan insya Allah  .
Suasana gembira di pagi raya


Terima kasih kepada semua gang marhaban kerana sudi hadir ke rumah

Oranje adalah Thema raya tahun ini

Telah bersedia untuk menerima tetamu datang beraya

Sunday 22 June 2014

KEMBARA :xpdc Makassar - Tana Toraja SULAWESI


Pada 16-20 hb Jun 2014 kami seramai 9 orang telah mengembara ke Sulawesi dengan menaiki pesawat Air Asia selama 3 jam dari KLIA2 Sepang ke Lapangan terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin di Makassar Sulawesi Indonesia.


Di KLIA2 untuk kenangan bersama

Di lapangan terbang sultan Hasanuddin makasar Sulawesi.

Di Makassar kami menginap di  Hotel Aerotel Smile yang terletak di tengah bandar Makasar dan berdekatan dengan pantai.Pada sebelah malam kami mengambil kesempatan bersiar-siar di dataran pantai yang begitu meriah dengan orang ramai dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.


Santai sementara menunggu hari esok untuk bergerak ke toraja melalui pare-pare

Sepanjang perjalanan dari makasar ke toraja kami banyak melihat perkampungan masyarakat bugis sulawesi dengan rumah-rumah nya yang cantik dan agak tinggi.dan kebanyakan terletak di kawasan sawah padi yang luas
Keesokkan pagi kami perlu bergerak ke Tana Toraja seawal 730 pagi  menaiki Van yang disewa khas yang dipandu oleh bapak Jais bersama pemandu pelancongnya bapak Elvis.Tana Toraja terletak di utara Sulawesi Selatan sejauh 320km dari Makassar dan perjalanan kami mengambil masa 7-8 jam untuk sampai.

Rehat sebentar di pare-pare menikmati mati buah limau bali atau Dipanggil buah Assam di sini.mmmmm memang lazat
Sebelum sampai ke Tana Toraja ,rehat dan pekena pisgor (pisang goreng) di sebuah warung yang terletak di pergunungan yang indah dengan suhu yang agak dingin

Memasuki daerah tora toraja kita akan melihat kehidupan masyarakat toraja dengan rumahnya yang unik serta adatnya yang sangat misteri dengan pelbagai unsur yang mistik.
Kawasan sekitar hotel penginapan di Toraja
Taroja dan sekitarannya
               
Antara adat kematian masyarakat toraja yang penuh misteri
Kebetulan semasa berada di toraja terdapat satu kematian sebuah keluarga dan dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana proses majlis meraikan adat pengurusan kematian itu dengan haiwan utamanya kerbau dan babi. (Rujuk Google bagaimana prosesnya yg unik dan harga kerbau nya seekor boleh mencecah harga sebuah kereta alphard)
Antara kawasan perkuburan masyarakat toraja yang terletak di pergunungan dan kawasan sawah padi yang luas
Antara kawasan Perkampungan masyarakat toraja dengan rumah adatnya
Kawasan perkuburan masyarakat toraja 
Antara yang menarik
Baby grave ataupun perkuburan masyarakat toraja untuk baby yang belum tumbuh gigi dikuburkan di pokok-pokok yang besar dengan kaedah yang tersendiri.


Monday 9 June 2014

Kembara :BATAM kepulauan Riau Indonesia


Macam biasa nasi padang nya memang sedap sekali.

Bersiar siar melihat pasar karat sekitar hotel penginapan



Xpdc: kembara BIG telok gorek




Friday 9 May 2014

Kembara: Melaka (menyelungsuri kegemilangan Hang Tuah)

Membawa family mengenali hutan dan kehidupannya

Bermandi manda dan berehat santai di chalet favorite kami

Menari feri melungsuri sepanjang sungai melaka memang terbaik

Wednesday 26 March 2014

Kembara: Bukit Merah Laketown Resort 24-27 mac 2014


Memang terbaik untuk kita bermandikan disini..penuh aktiviti yang menarik minat.terutama kanak kanak.memang terbaik.cuma cuaca agak panas sikit

Ketika perjalanan pulang kami singgah di bandar diraja Kuala Kangsar. Sempat kami menikmati laksa yep yang popular di sana.tidak lupa juga cendol kuala di gerai di tepian sungai perak.
Setelah itu kami menjelajah sekitar Bandar KK terutama melihat Masjid Ibu dia yang terkenal antara masjid terindah di Malaysia. Begitu juga Istana lama Kesultanan Perak yang terletak tidak jauh dari Istana Besar Perak.

Dah sampai Perak tidak sah kalau tak pekena mee udang di Pekan Kuala Sepetang atau nama lamanya Port Weld.perghhh...memang terbaik mee udang di situ terutama di kedai maa udang mak jah.

Hehe inilah suria apartment bukit merah laketown memang happening tinggal di sini dua mlm.ada sahaja aktiviti kami x kira siang dan mlm.boleh dtg lagi ni lain kali....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMAS

like