NORHANAN IPGKTI

TIADA KEJAYAAN MENDAHULUI PENDERITAAN

Friday 26 April 2013

Saturday 20 April 2013

KEMBARA: SURABAYA 4 (Agrowisata. Kebun apel dan strawberi)

kini masa untuk menghilangkan penat dengan mengunjungi Kusuma Agrowisata. Kebun apel dan strawberi di Batu, Jawa Timur.Ianya menyediakan paket wisata atau pelancong bagi Anda yang ingin memetik apel atau strawberi secara terus atau langsung dari kebunnya, memang meriah dan seronok. Jika Anda berniat untuk menghabiskan masa di Kota Batu, Jawa Timur, singgahlah ke Kusuma Agrowisata.Dijamin hebat.


pintu masuk yang membuat kita teruja

kedudukannya di kawasan tinggi dan sejuk


Lokasinya berada di Jalan Abdul Gani Atas, hanya sekitar 2,5 km dari pusat Kota Batu. Di kawasan yang sejuk ini Anda akan di kelilingi  kebun apel ,strawberi,limau atau jambu batu dan lain-lain buah buahan yang berada di ketinggian lebih dari 1.000 mdpl. 





arah kebun buah-buahan


Anda harus membayar Rp 10.000 atau lebih kurang Rm30 per orang untuk dapat menikmati suasana perkebunan. Kawasan ini sudah boleh Anda jelajahi mulai pukul 8.00 WIB hingga pukul 17.00 WIB. Anda akan diajak untuk mengelilingi kebun yang cukup luas ini. Udara sejuk dan pemandangan indah akan  dapat anda rasai di sini. Memang syok...., 

pokok apel di kawasan yang luas

strawberi yang manis beb



meriah

apel sedang mula ranum



Anda boleh memetik buah apel yang masih segar terus dari pokoknya.... Rasa apel yang manis membuat buah ini digemari ramai...


mamang manis



bonzai pun hidup subur di sini

Monday 15 April 2013

KEMBARA: SURABAYA 3 (Air Terjun Coban Rondo)


               Coban Rondo merupakan air terjun yang terletak di Kecamatan Pujon, Kabupaten MalangJawa Timur. Untuk sampai ke Air terjun ini mengambil masa setengah jam dari pusat kota Malang. tiket masuk berharga Rp 8.000,00 atau lingkungan RM 2.50 se orang.Manakal parkir untuk kendaraan roda dua adalah Rp 2.000,00. atau RM0.60.


kedai di depan air terjun

jagung bako


ini bukan monyet

            

cantik bro

            Coban Rondo terletak pada ketinggian 1135 m di atas permukaan laut. Air terjun ini memiliki ketinggian 84 meter. memang cantik dan hebat
yeah..

             Air terjun yang terletak di kaki Gunung Panderman ini memang menyegarkan dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Dengan ketinggian 84 meter, kita boleh bayangkan betapa gagahnya air terjun Coban Rondo ini. 

rafting pun ada

cantik menawan

makanan tradisional..






KEMBARA: SURABAYA 2 (LUMPUR LAPINDO)

Korban Lapindo,Porong, Sidoarjo.

             Korban Lapindo ini sebenarnya  mendapat nama dari syarikat  PT Lapindo Brantas  yang melakukan cari gali gas dan petroleum di kawasan tersebut. Pada mulanya,( 26hb Mei 2006 ) mereka mendapati ada gas dikawasan tersebut, tetapi sebenarnya  bukan gas yang keluar sebaliknya banjir lumpur yang keluar. PT Lapindo menegaskan bahawa kejadian tersebut merupakan satu bencana alam. Namun mengikut kajian yang dilakukan oleh pihak geologi mereka mendapati bahawa ianya berpunca daripada kesilapan manusia itu sendiri.

benteng untuk menghalang lumpur 

sebenarnya banjir lumpur Lapindo telah menenggelamkan lebih kurang 1000 hektar tanah iaitu 16 buah kampung dari 3 kecamatan di sekitarnya. kami sendiri menyaksikan asap lumpur keluar dari kawasan banjir lumpur.  dari  26hb Mei 2006 sehingga kini letusan lumpur masih keluar tanpa henti. ......


lumpur kelabu yang amat luas dan kepulan asap gas masih kelihatan dai kejauhan

dashat

rumaha penduduk kampung yang tertimbus lebih 10 meter di dalam lumpur dan mereka kehilangan  seluruh isi kampung dan punca rezeki..

pekan yang hampir mati

kenderaan kami sepanjang di Surabaya
                       Masyarakat di sini   sentiasa menambak tanah bagi mengelakkan banjir lumpur merebak ke kawasan seberang. Kebanyakan kedai-kedai yang berada disini, terpaksa tutup. Ramai juga penduduk di sekitar kawasan tersebut terpaksa berpindah, kerana mereka sendiri tidak pasti akan nasib mereka. 

kisah lampido KLIK SINI.
LAPINDO 2

KEMBARA:SURABAYA 1 (GUNUNG BROMO)

Wisata Gunung Bromo Probolinggo Jawa Timur

              Gunung Bromo merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek pelancongan ( wisata) di Jawa Timur. Sebagai sebuah objek pelancongan (wisata) Gunung Bromo menjadi menarik kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.


gunung bromo 

                       Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, yakni Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). manakala   kawasan  bahayanya berupa lingkaran dengan jejari 4 km dari pusat kawah Bromo.




di puncak gunung pada jam 4 pagi menunggu sunrise




         Untuk pergi ke gunung Bromo kita hendaklah memakai pakaian yang tebal, jaket, topi yang dapat menutupi telinga, memakai sarung tangan dan sepatu.Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa sejuk dingin ketika berada di gunung bromo dan penutup telinga dapat mengurangi tekanan udara diatas gunung bromo sehingga telinga kita tidak terasa sakit.

kami antara ribuan pendaki yang berada sejak pukul  4 pagi di puncak

pemandangan seawal subuh
 Melihat Sunrise
      Sunrise merupakan salah satu pemandangan yang sangat ingin dilihat oleh kebanyakan pelancong.kerana keindahannya. Memang cantik tetapi kita kenalah berada awal di puncak seawal pagi dan bersolat di puncak gunung yang sangat sejuk.



tidak terkata keindahannya

satu lagi pemandangan yang cantik dari sudut berbza

jeep yang digunakan pendaki
                     Untuk  sampai  ke Gunung Bromo ini, kita akan dapat melihat perkampungan yang terdekat, yang berada di kawasan pegunungan dari Cemoro Lawang. Disini banyak tempat penginapan-penginapan. Dari kawasan ini kita dapat berjalan ke puncak Gunung Bromo dalam masa kurang lebih 45 minit, tetapi kita boleh juga menyewa kendaraan jeep.untuk sampai ke atas sebelum mendaki ke puncak.Hanya jeep sahaja yang boleh sampai ke atas kerana faktor jalan yang curam dan berbukit-bukit.


memang cantik 

kuda-kuda yang sedia untuk di sewa
 untuk melihat kawasan kawah gunung berapi terpaksa menunggang kuda kerana keadaan jalan yang berliku dan berbatu 


kawah








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMAS

like