NORHANAN IPGKTI

TIADA KEJAYAAN MENDAHULUI PENDERITAAN

Monday 15 April 2013

KEMBARA: SURABAYA 2 (LUMPUR LAPINDO)

Korban Lapindo,Porong, Sidoarjo.

             Korban Lapindo ini sebenarnya  mendapat nama dari syarikat  PT Lapindo Brantas  yang melakukan cari gali gas dan petroleum di kawasan tersebut. Pada mulanya,( 26hb Mei 2006 ) mereka mendapati ada gas dikawasan tersebut, tetapi sebenarnya  bukan gas yang keluar sebaliknya banjir lumpur yang keluar. PT Lapindo menegaskan bahawa kejadian tersebut merupakan satu bencana alam. Namun mengikut kajian yang dilakukan oleh pihak geologi mereka mendapati bahawa ianya berpunca daripada kesilapan manusia itu sendiri.

benteng untuk menghalang lumpur 

sebenarnya banjir lumpur Lapindo telah menenggelamkan lebih kurang 1000 hektar tanah iaitu 16 buah kampung dari 3 kecamatan di sekitarnya. kami sendiri menyaksikan asap lumpur keluar dari kawasan banjir lumpur.  dari  26hb Mei 2006 sehingga kini letusan lumpur masih keluar tanpa henti. ......


lumpur kelabu yang amat luas dan kepulan asap gas masih kelihatan dai kejauhan

dashat

rumaha penduduk kampung yang tertimbus lebih 10 meter di dalam lumpur dan mereka kehilangan  seluruh isi kampung dan punca rezeki..

pekan yang hampir mati

kenderaan kami sepanjang di Surabaya
                       Masyarakat di sini   sentiasa menambak tanah bagi mengelakkan banjir lumpur merebak ke kawasan seberang. Kebanyakan kedai-kedai yang berada disini, terpaksa tutup. Ramai juga penduduk di sekitar kawasan tersebut terpaksa berpindah, kerana mereka sendiri tidak pasti akan nasib mereka. 

kisah lampido KLIK SINI.
LAPINDO 2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMAS

like