NORHANAN IPGKTI

TIADA KEJAYAAN MENDAHULUI PENDERITAAN

Monday 15 April 2013

KEMBARA:SURABAYA 1 (GUNUNG BROMO)

Wisata Gunung Bromo Probolinggo Jawa Timur

              Gunung Bromo merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek pelancongan ( wisata) di Jawa Timur. Sebagai sebuah objek pelancongan (wisata) Gunung Bromo menjadi menarik kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.


gunung bromo 

                       Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut itu berada dalam empat wilayah, yakni Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah ± 800 meter (utara-selatan) dan ± 600 meter (timur-barat). manakala   kawasan  bahayanya berupa lingkaran dengan jejari 4 km dari pusat kawah Bromo.




di puncak gunung pada jam 4 pagi menunggu sunrise




         Untuk pergi ke gunung Bromo kita hendaklah memakai pakaian yang tebal, jaket, topi yang dapat menutupi telinga, memakai sarung tangan dan sepatu.Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa sejuk dingin ketika berada di gunung bromo dan penutup telinga dapat mengurangi tekanan udara diatas gunung bromo sehingga telinga kita tidak terasa sakit.

kami antara ribuan pendaki yang berada sejak pukul  4 pagi di puncak

pemandangan seawal subuh
 Melihat Sunrise
      Sunrise merupakan salah satu pemandangan yang sangat ingin dilihat oleh kebanyakan pelancong.kerana keindahannya. Memang cantik tetapi kita kenalah berada awal di puncak seawal pagi dan bersolat di puncak gunung yang sangat sejuk.



tidak terkata keindahannya

satu lagi pemandangan yang cantik dari sudut berbza

jeep yang digunakan pendaki
                     Untuk  sampai  ke Gunung Bromo ini, kita akan dapat melihat perkampungan yang terdekat, yang berada di kawasan pegunungan dari Cemoro Lawang. Disini banyak tempat penginapan-penginapan. Dari kawasan ini kita dapat berjalan ke puncak Gunung Bromo dalam masa kurang lebih 45 minit, tetapi kita boleh juga menyewa kendaraan jeep.untuk sampai ke atas sebelum mendaki ke puncak.Hanya jeep sahaja yang boleh sampai ke atas kerana faktor jalan yang curam dan berbukit-bukit.


memang cantik 

kuda-kuda yang sedia untuk di sewa
 untuk melihat kawasan kawah gunung berapi terpaksa menunggang kuda kerana keadaan jalan yang berliku dan berbatu 


kawah








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMAS

like