NORHANAN IPGKTI

TIADA KEJAYAAN MENDAHULUI PENDERITAAN

Wednesday 19 June 2013

KEMBARA:VIETNAM4: bandar Ho Chi Minh

MUZIUM PERANG REMNANTS

Di muzium ini sangat memberi kesan kepada semua pengunjungnya.kerana segala bukti kekejaman terhadap perang amat jelas dipamerkan untuk tatapan pengunjung.Pengunjung akan berasa sedih dan geram melihat penderitaan mangsa perang yang dialami mereka yang terbabit.Gambar-gambar yang dipamerkan juga sangat ngeri,sadis,takut dan juga sangat menyayat hati. Terdapat juga gambar yang menunjukkan kesan daripada racun perosak yang digunakan tentera amerika semasa perang memberi kesan DNA kepada generasi yang terlibat

HADAPAN MUZIUM

DIGUNA OLEH TENTERA AMERIKA

TEKUN DENGAR TAKLIMAT
senjata utama zaman perang


KEGUNAAN TENTERA AMERIKA


BERANGKAI
SENJATA AMERIKA
 Terdapat juga sebuat penjara kecil yang menempatkan para banduan semasa zaman perang vietnam bersebelahan dengan muzium ini.suasana yang gelap sunyi sempit agak menyeramkan membuatkan ramai pengunjung yang menjerit ketakutan .

PINTU PENJARA TIGER CAGES
PENCUNG KEPALA DI ZAMAN PERANG

PENJARA MANGSA PERANG YANG ZALIM
MANGSA PERANG




di ruang pameran



Tuesday 18 June 2013

KEMBARA: VIETNAM3: syurga wanita Malaysia

Tak sangka sampai di bandar Saigon ni..jangkaan banyak meleset..sebabnya apa ..kerana ramai orang-orang negara kita di sini....berbelanja sakan kain baju dan macam-macam lagi...restoran melayu pun banyak kedai-kedai makan halal melayu x kira la melayu kita ke singapura ke memang banyak...duit kita RM pun bpleh di gunakan dengan meluas ..selain duit dong vietnam dan Dollar US..

di hadapan restoran nasi lemak halal

kopi turki yang mahal

shopping guna duit  rm je

demam wanita bila tengok

kain lagi 

lepak makan dulu

restoran serai halal

tgk2 org shopping tapi terbeli jugak

tibai juga 4,5 pasang utk family

lagi banyak kat sini kain baju

org kita je

org kita lagi..mmg pandai tawar menawar

dalam kebun pun ada jual baju2

maskid terbesar yg sempat singgah

warung 1 malaysia mmg sedap kopinya

sakan

kena kopi vietnam

Monday 17 June 2013

KEMBARA: VIETNAM2 : jelajah sungai Mekong dan delta Mekong

         Kami bergerak dari hotel pada sebelah pagi menuju ke destinasi dengan
perjalanan menaiki kenderaan yang di sediakan untuk kami ,yang mengambil masa dua jam perjalanan walaupun jarak yang dilalui tidaklah begitu jauh.
Ini kerana had laju yang dibenarkan di jalan raya  ke daerah itu lebih kurang 60-80 km sejam. Apa yang menariknya  para pemandu kenderaan di sini amat mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan pihak berkuasa mereka.


mula nak gerak di awal jam 9 waktu saigon
    perjalanan melalui jalan-jalan daerah di kawasan Selatan Vietnam ini merupakan salah satu cara sesuai untuk menikmati pemandangan sawah padi, perkebunan nanas, dusun buah-buahan serta perkampungan yang menarik. Setelah penat duduk di dalam kereta selama hampir sejam,pemandu memberhentikan keretanya di kawasan Rehat  Mekong Rest.( r n r kalau di tempat kita) bezanya Mekong Rest memiliki pemandangan yang sangat cantik dan memang sesuai berehat setelah penat memandu.

di hadapan Mekong Rest

santai di tasik yang terdapat di Mekong Rest bersama rakan Mr Tauhit

sejuk mata memandang

melihat sungai yang mengalir lesu...cantik sungguh

Di My Tho
       Setelah tiba di My Tho, kami menaiki bot bermotor .menelusuri sungai Mekong  sehingga sampai dan berhenti di Unicorn Island yang terkenal itu.

menaiki bot melalui sungai Mekong yang deras
         Menaiki bot bermotor menuju pulau-pulau yang menjadi   destinasi kunjungan para pelancong ke sini merupakan suatu pengalaman yang sangat menarik.

air sungai yang sangat dalam dan deras

sempat beraksi di atas bot
jambatan moden
         Kami melihat Sungai Mekong dengan airnya yang keruh dan deras memang agak menakutkan. Bot yang kami naiki itu seterusnya membawa kami ke daerah Ben Tre (kalau x silap la bunyinya) untuk melawat bengkel perusahaan gula-gula kelapa (coconut candy) perusahaan yang keseluruhannya dilaksanakan secara manual oleh para pekerja tempatan. Di sini pun ada juga gerai jualan baju2 vietnam...kemana-mana sahaja memang ada ruang berniaga..hebat sungguh.dan ruang itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

macam  - macam

        Oleh kerana keadaan agak hujan renyai-renyai maka kami memakai baju hujan .kami masih sempat juga berbelanja di gerai-gerai jualan produk kraf di perkampungan ini.
alangkah baiknya jika kebudayaan dan produk kraf kita juga dapat dipromosikan secara begini,sebab kita juga ada pulau-pulau peranginan yang tidak kurang hebatnya!


proses candy di buat

menarik sungguh

ada juga jualan barangan kulit buaya di sini

gerai jualan masyarakat tempatan


         Kemudian kami bergerak pula ke daerah lain di perkampungan kawasan pulau ini. Kali ini kami menaiki kereta kuda. Rupa-rupanya ada kampung berkuda di sini, seronok .Kami berjalan-jalan lagi di pulau ini dan melihat-lihat suasana kampung yang sungguh nyaman

makan kenyang-kenyang dulu

ronda kampung 

bersihnya kampung dia

banyak buah-buahan beb

kawan baru


          Di pulau ini kami dibawa ke sebuah ladang pemeliharaan lebah. Kami dijamu madu lebah yang asli.Kemudian Kami berjalan-jalan di perkampungan pulau ini sambil dapat juga membeli sedikit sebanyak pakaian tradisional Vietnam.


madu asli banyak di sini

ada juga kedai cendramata di mana-mana

menikmati buah-nuahan tropika
              Masih di Pulau Unicorn.  selepas itu kami  ke sebuah dusun buah-buahan pula untuk menikmati buah-buahan tropika.Sambil memakan buah-buahan itu kami didendangkan lagu-lagu tradisional Selatan Vietnam oleh kumpulan penyanyi dan pemuzik tradisional setempat. 


boleh tahan la suara

          Selepas itu kami menaiki pula sampan dayung untuk menelusuri sepanjang anak sungai yang memang memberikan pengalaman yang menarik tetapi seronok bercampur ngeri .sambil melihat-lihat akan aktiviti dan cara kehidupan harian anak tempatan di sekitar delta itu. 

air yang dalam dan deras

masalahnya masyarakat sini kata banyak buaya di sini

kesesakan lalu lintas

          Setelah bersampan  selama kira-kira setengah jam tanpa jaket keselamatan atau sebarang jenis alat pelampung, kami pun tiba semula di tempat bot bermotor kami berlabuh tadi, di tengah-tengah buaian air deras yang mengalir di Sungai Mekong,sungai yang terkenal . . dalam dan luas itu.sebelum bergerak ke arah bot bermotor yang akan membawa kami balik ke My Tho.

bot enjin kami singgah makan di Halal Mekong restoran dan bersolat

         Kami kemudiannya meneruskan perjalanan pulang. Tepat pukul 6 ptg kami sudah berada semula di hotel tempat kami menginap. dan bersedia untuk keluar bershopping sakan pada waktu malamnya hahah2....

pasar berdekatan hotel kami

yeahhh.....Solat dulu





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMAS

like