NORHANAN IPGKTI

TIADA KEJAYAAN MENDAHULUI PENDERITAAN

Sunday 16 June 2013

LANGKAWI (Perancangan 3-7 Jun 2013)

Bercadang membawa keluarga bercuti ke  Langkawi selama 4 hari 3 malam.Bergerak dari rumah pada tengahari isnin 3 hb jun 2013.Semoga perjalanan kami selamat hendaknya

rehat sebentar di rnr Pagoh
tanpa di jangka penghawa dingin kereta mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan antara Air Keroh ke Simpang Ampat.....dan keadaan sangat panas.



susur masuk ke tol Simpang ampat dan memperbaiki dengan menukar  kompressor di sebuah kedai di Tampin  pada pukul 630 pm hingga 7 15 pm ..alatganti berharga rm800 siap pasang..pergh....

transit di rumah adik di Puchong..dan bersiap  bergerak ke utara pada pagi 4 hb jun 2013 

dah sampai Ipoh..hati mula berbunga-bunga

yeahh ready memasuki terowong

anak-anak menyanyi gembira bila melintasi terowong ini

rehat solat di r n r bukit gantang utara.Dan selesai gambar ini di ambil tiba-tiba mendapat  panggilan telefon  dari adik di kampung..bonda zaharah di masukkan ke Hospital akibat mengalami kesukaran bernafas..agak terperanjat kerana semalam sempat berbual dan kelihatan sihat. dan 10 minit kemudian panggilan mengatakan bonda telah kembali ke rahmatullah.Maka dalam keadaan sedih dan panik terus bergerak dan terpaksa menenangkan dan menerangkan kepada  anak-anak terpaksa membatalkan percutian dan mesti berpatah balik ke Johor dengan segera

tanpa berlengah terus memecut dari bukit gantang berpatahbalik ke Johor dengan harapan sempat  sampai ke rumah sebelum arwah di kebumikan..dan sampai di Johor seawal mungkin.
Amin sampai pontian pukul 2 pagi.keesokkan pagi sempat memandikan.mengusung,solat dan mengkebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sawah.

bersama anak didalam van mayat untuk di bawa di masjid

di tanah perkuburan Kampung Sawah

Semoga roh Allahyarhamah Pn Hjh Zaharah Bte Saloki dicucuri rahmat oleh Allah SWT

Amin selamat akhirnya ..kepada keluarga ku Insya Allah lain kali kita pergi Langkawi lagi....
Al-Fatihah...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMAS

like