NORHANAN IPGKTI

TIADA KEJAYAAN MENDAHULUI PENDERITAAN

Sunday 16 June 2013

KEMBARA: VIETNAM1 : Cu Chi Tunnel

 melawat ke Vietnam tidak menarik sekiranya kita tidak melawat Terowong Cu Chi.  Terowong Cu Chi merupakan satu tarikan melawat Vietnam.  Terowong Cu Chi  banyak menyimpan kisah pahit maung rakyat Vietnam menentang Tentera Amerika Syarikat suatu ketika dahulu dan kita mengetahui budaya serta semangat juang orang Vietnam menentang Penjajah.
pintu masuk utama cu chu tunnel
pondok yang ada di hutan ini
Fungsi Terowong Cu Chi bukan sahaja digunakan sebagai tempat bersembunyi semasa pertempuran ia juga berfungsi sebagai tempat komunikasi rahsia dan juga laluan rahsia untuk membekal ubat-ubatan, makanan, senjata dan tempat kediaman untuk Pejuang Gerila. Hakikat yang nyata Terowong Cu Chi ini memberi sumbangan besar kekalahan Tentera Amerika Syarikat di Vietnam.



di hadapan pintu utama
Terowong ini terletak kira-kira 70km dari Bandaraya Ho Chi Minh.dan dibina oleh Tentera Viet Cong semasa Era Perang Vietnam menentang Amerika Syarikat dari tahun 1959 hingga 1975 sehingga menjadikan panjang keseluruhan terowong ini mencecah 250km. ketika peperangan berlangsung beribu-ribu orang Vietnam di Wilayah Cu Chi menetap di dalam Terowong ini sebagai satu cara berlindung dan menyelamatkan diri dari serangan musuh. Dan mereka hanya keluar pada waktu malam untuk mencari bekalan.
rakan cuba memasuki pintu terowong yang sempit
 Terowong rahsia ini juga dijadikan pusat kehidupan masyarakat. Di dalam Terowong terdapat sekolah bawah tanah dan ruang awam di mana pasangan yang telah berkahwin dan tempat-tempat para pencinta bertemu. Malahan terdapat teater di dalam Terowong di mana penduduk kampung dihiburkan dengan lagu dan tarian serta cerita-cerita tradisional.
Penerangan oleh Petugas di sini mengenai Senario Zaman Perang
antara pintu terowong yang ada
Pengunjung juga diberi peluang untuk memasuki dan merasai sendiri pengalaman merangkak di dalam salah satu terowong yang terdapat di sini. Rasa seronok ada, rasa seram pun ada. Laluan terowong bawah tanah agak gelap dan suram.  Berpeluh juga kita dibuatnya. Walau bagaimanapun pengalaman ini memang mengujakan.

sempit dan sungguh sukar

 laluan terowong ini ada jenis yang bertingkat. Dalam gelap memang kita tak nampak apa yang ada di hadapan kita. Walaupun ada lampu-lampu kecil tetapi apabila kita melalui satu selekoh di dalam terowong pemandangan menjadi lebih gelap dan menyesakkan.
panas dan kekurangan oksigen
terowong yang gelap
merasai pengalaman menembak

pengunjung juga diberi peluang untuk merasai sendiri senjata yang digunakan semasa perang seperti M16 dan AK47 dan lain-lainnya. Syaratnya pengunjung harus membeli sendiri peluru hidup yang dijual di sini. pengalaman menembak menggunakan senjata yang real ini Memang membingitkan dan memekakkan telinga. Nasib baik penutup telinga dibekalkan bersama. ...semasa zaman perang, mana ada penutup telinga. 


jenis jenis perangkap
pengunjung ditunjukkan beberapa jenis Perangkap yang digunakan oleh Tentera Viet Cong semasa zaman Perang. Melihat kepada pelbagai jenis Perangkap yang digunakan membuatkan rasa amat ngeri kerana membayangkan mangsa yang terkena perangkap tersebut. Memang maut la jawabnya. Jenis-jenis perangkap tersebut biasa kita tengok dalam cerita Peperangan Vietnam 

antara perangkap yang di bina
tank peninggalan tentera US
peninggalan bom-bom tentera US
antara pondok yang terdapat di sini

selipar yang digunakan yang diperbuat dari getah tayar


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMAS

like