NORHANAN IPGKTI

TIADA KEJAYAAN MENDAHULUI PENDERITAAN

Tuesday 30 July 2013

PROGRAM KAMI PRIHATIN (RAMADHAN) BUMI ACEH KALI KE 2 (HARI KE4)

HARI KE 4 27 JULAI 2013

misi hari ini bermula dengan bersahur di hotel jam 4 pagi sebelum terus ke masjid Baiturrahman untuk bersolat subuh......

jam 8 pagi kami bersiap2 untuk gerak ke tempat kapal apong ,kesan dari tsnami dahulu...bagi yang belum pernah datang sangat teruja untuk melihatnya...
kemudian kami bergerak ke

1.madrasah pesantren suluk dayang Luang-wei (dewasa )


sangat istimewa tempat ini dihuni oleh yang kebanyakkannya golongan warga emas  tidak kira lelaki ataupun perempuan..banyak pengalaman dapat dikutip di sini....walaupun telah berusia tetapi usaha amalan ibadah yang dilakukan mereka semua ini di bulan ramadhan sesungguhnya kita rasanya tidak mampu membuatnya dan diluar kemampuan ramai dikalangan kita.....tapi mereka semua hebat2 belaka walaupun kebanyakkan mereka terdiri dari golongan miskin yang tinggal jauh dari pesantren suluk ini dan sanggup untuk dtg ke sini untuk mendalami ilmu agama..harapan kami agar sumbangan dari kami ini  termasuklah bahan bacaan dapat mengurangkan sedikit bebanan dan mengembirakan mereka Amin.



makam ayahanda bonda kepada pemilik madrasah ini

antara rumah-rumah kecil yang ada di sini

melihat sekitar

penghuni mendengar ucapan aluan dari pihak kami

berkongsi pandangan

golongan penghuni lelaki

semoga di rahmati

kemudian kami singgah pula ke sebuah lagi pesantren di mana pada tahun lepas juga kami ada mengunjungi dan menyalurkan sumbangan di sini..iaitu

2.dayah persantren ruhul islam madrasah Aliyah aceh besa


di sini merupakan sebuah madrasah yang agak terbaik dengan fasiliti yang hebat walaupun nampak ada sedikit kekurangan dari segi infrastrukturnya tetapi agak selesa bagi pelajarnya belajar di sini.kebetulan kehadiran kami agak kurang meriah kerana para santri atau pelajarnya sedang berlibur sempena ramadhan.




papan tanda di pintu masuk madrasah  ini

sessi taklimat dan ucapan selamat datang di dewan perpustakaan

sudut buku dan sebahagian buku-buku  yg di dermakan

Alhamdulillah selesai dua tugasan pada hari ini.dan tugasan terakhir ialah kami 
akan berbuka puasa di sebuah madrasah di pinggir Banda Aceh iaitu sebelum sampai ke sini kami sempat melihat bazar-bazar Ramadhan yang tumbuh seperti cendawan seperti di tempat kita


sop buah wow

gerak ke tempat tujuan

3. Madrasah Markaz Al Ishlah Al aziziyah (anak mangsa konflik/tsunami/muallaf)


Markaz ini didirikan untuk memfokuskan perhatian kepada anak yatim khsusnya anak yatim korban konflik dan korban tsunami. dan muallaf. 
ini adalah email markaz ini..iaitu   markaz_al_ishlah@yahoo.com
sebelum majlis berbuka Bapak Pimpinan MArkaz telah memberikan sedikit tazkirah berkatan latar belakang markaz ini dan tujuan penubuhanya dengan penuh bersemangat.




anak-anak lelaki dan perempuan didalam surau terbuka markaz
kami dan jemaah juga termasuk penduduk kampung bersama-sama berzikir dan bertahmid sementara menunggu azan mghrib dan waktu berkuka puasa bersama-sama.


tazkirah dari bapak pimpinan


sekitaran markaz

anak-anak markaz bersedia untuk majlis iftar

sekitar

lauk kambing memang sedap

selesai berbuka ringan kami bersolat maghrib berjamaah selepas itu barulah bermula makan nasi berlauk sup kambing dan rendang kambing ....superb....

setelah selesai kami bergegas pulang ke hotel untuk bersolat terawih di masjid baiturrahman.
Harapan kami usaha yang kami lakukan dan sumbangan yang kami berikan diberkati dan dirahmati.Amin.


PROGRAM KAMI PRIHATIN (RAMADHAN) BUMI ACEH KALI KE 2 (HARI KE 5)

HARI TERAKHIR 28 JULAI 2013

pagi kami bersahur di hotel pada jam 4 am WIB ..dan kemudian terus bersolat subuh di Masjid Baiturrahman....ramai gelandangan yang masih belum bangun dari tidur di kaki lima kedai dan di bawah pohon2 rendang beralaskan tilam dan surat khabar..mungkin mereka lewat tidor dan kepenatan bekerja sehinggakan terus tertidur walaupun azan telah berkumandang dan diselang seli kan dengan ayat2 suci Al Quran di ruang udara Aceh pada keheningan Subuh yang dingin.


subuh yang penuh dengan jemaahnya
dah 2 tahun berturut-turut bersembahyang di masjid ini dalam bulan ramadhan

  Lebih kurang pukul 8 pagi kami bersiap-siap mengemas barang untuk pulang dan check out.Tetapi sebelum kami menaiki bas untuk ke Lapangan terbang Bandar Aceh ,Ustaz Mujib sempat membawa pasukan kebudayaan Aceh untuk membuat persembahan ringkas kepada rombongan kami.Memang terbaik persembahannya.
hebat betul persembahan kebudayaan aceh ni
semua terpaku

selepas bersalam-salaman dan bermaafan kami pun berangkat ke airpot dan berlepas pulang ke Malaysia pada jam 1145 WIB.terlalu banyak kenangan di aceh walaupun ini tahun kedua kami berprogram di bumi ini tetapi kenagannya tetap terindah

selamat tinggal aceh

bumi aceh yang indah


sampai di KL LCCT

sampai di Kuala Lumpur sejam setengah kemudian..Amin Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke Malaysia lebih kurang jam 230 ptg. dan menaiki bas untuk balik ke Johor.kami berbuka puasa di dalam bas dan sampai di johor pada jam 830 malam.
AMIN semoga usaha kami selama 5 hari di Aceh benar-benar menginsafkan kami dan mendapat rahmat dari NYA..Hanya Allah Yang Tahu....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMAS

like