NORHANAN IPGKTI

TIADA KEJAYAAN MENDAHULUI PENDERITAAN

Sunday 13 January 2013

CHINA 3 (GREAT WALL ) (Beijing 2)


           Tembok Besar (KLIK SINI) merupakan projek yang paling hebat  dalam sejarah manusia.Bila ternampak tembok China di dapan mata memang gah seni pembuatannya. Tembok Besar, terletak di utara China dan mempunyai pemandangan alam yang unik, sehingga dikunjungi oleh ramai pelancong. Pada tahun 1087, Tembok Besar telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai warisan budaya dunia.
Tembok besar mulai dibina pada zaman Negara_Negara Berperang lebih 2000 tahun yang lalu, merupakan projek pertahanan pada zaman purba yang paling panjang dan paling besar di dunia.

Pintu masuk ke Great Wall

Bergambar beramai dengan ahli kumpulan rombongan kami
             Sebelum Maharaja Qinshihuang menyatukan China pada tahun 221 sebelum Masihi, banyak negeri di pelbagai tempat di China telah membina Tembok Besar. Setelah Dinasi Qin ditubuhkan, Tembok Besar di pelbagai negeri dihubungkan menjadi "Tembok Besar" tembok pertama yang sepanjang lebih 5 ribu kilometer. Sehingga Zaman Dinasti Han, Tembok Besar sepanjang 10 ribu kilometer.

berjaya akhirnya

x tahan sejuk sangat -30'
antara kedai cenderamata yang ada

            Tembok besar yang dilawati oleh pelancong pada masa  kini adalah Tembok Besar yang dibina Pada Zaman Dinasti Ming lebih 700 tahun yang lalu. Lama-kelamaan, kebanyakan Tembok Besar yang dibina pada pelbagai Dinasti tidak utuh. Tetapi, Tembok Besar yang dipelihara dengan agak utuh ialah Tembok Besar yang dibina pada Zaman Dinasti Ming. Ia bermula dari Tembok Gerbang Jiayuguan Provinsi Gansu di barat China, sehingga ke Sungai Yalu di Provinsi Heilungjiang timur laut China, panjangnya lebih 6 ribu kilometer.

tangga terlalu licin,amat merbahaya kepada pendaki

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMAS

like